I believe in pink.I believe that laughing is the best calorie burner.I believe in kissing, kissing a lot.I believe in being strong when everything seems to be going wrong.I believe that happy girls are the prettiest girls.I believe that tomorrow is another day and I believe in miracles.I love myself and love to be in kitchen.

Saturday, 15 December 2012

banoffee "danger" pie.



BAHAN-BAHAN

Biskut
Whipping cream
Butter
Susu pekat
Pisang
Essen vanila ( xde dalam pic)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Label pada susu pekat dibuka, kemudian susu yang belum dibuka dimasak/direbus di dalam periuk selama 2 1/2 jam. Menggunakan api yang besar jugak tidak menjadi masalah cume perlu sentiasa diperhatikan kerana dikuatiri air mengering.


 


Kemudian, kisar biskut didalam pengisar sehingga halus + butter yang telah dicairkan secukupnya untuk dijadikan bahagian bawah/kerak. Sediakan tray yang sesuai dan tekankan campuran biskut yang dikisar bersama butter tadi didalam tray tersebut dengan kemas. Selepas itu, bakar didalam oven selama 4-5 minit dengan suhu yang sederhana.




Tunggu sehingga bahagian bawah/keras menyejuk, kemudian ambil pisang secukupnya, potong mengikut kreativiti anda dan susun memenuhi ruang. Seterusnya, buka tin susu yang dimasak/direbus tadi dan curahkan diatas hirisan pisang tersebut.


Kali ini, ambil whipping cream dan putar sehingga menggebu. Boleh dicampurkan sedikit essen vanila.



Setelah meletakkan whipping cream, taburkan serbuk koko untuk mendapatkan rasa pahit sedikit. Kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam, kemudian boley dihidangkan untuk insan tersayang.



"Pertama kali mencuba resipi ini memang excited untuk buat, walaubagaimana pun aku tidak mengikut 100%  sukatan/bahan asal yang diberikan. Aku mengurangkan penggunaan susu agar tidak terlalu manis dan menggunakan serbuk koko yang pahit untuk mendapatkan kombinasi yang sesuai"



SELAMAT MENCUBA !