BAHAN-BAHAN
Biskut
Whipping cream
Butter
Susu pekat
Pisang
Essen vanila ( xde dalam pic)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Label pada susu pekat dibuka, kemudian susu yang belum dibuka
dimasak/direbus di dalam periuk selama 2 1/2 jam. Menggunakan api yang
besar jugak tidak menjadi masalah cume perlu sentiasa diperhatikan
kerana dikuatiri air mengering.
Kemudian, kisar biskut didalam pengisar sehingga halus + butter yang
telah dicairkan secukupnya untuk dijadikan bahagian bawah/kerak.
Sediakan tray yang sesuai dan tekankan campuran biskut yang dikisar
bersama butter tadi didalam tray tersebut dengan kemas. Selepas itu,
bakar didalam oven selama 4-5 minit dengan suhu yang sederhana.
Tunggu sehingga bahagian bawah/keras menyejuk, kemudian ambil pisang
secukupnya, potong mengikut kreativiti anda dan susun memenuhi ruang.
Seterusnya, buka tin susu yang dimasak/direbus tadi dan curahkan diatas
hirisan pisang tersebut.
Kali ini, ambil whipping cream dan putar sehingga menggebu. Boleh dicampurkan sedikit essen vanila.
Setelah meletakkan whipping cream, taburkan serbuk koko untuk
mendapatkan rasa pahit sedikit. Kemudian masukkan dalam peti sejuk
selama 2 jam, kemudian boley dihidangkan untuk insan tersayang.
"Pertama kali mencuba resipi ini
memang excited untuk buat, walaubagaimana pun aku tidak mengikut 100%
sukatan/bahan asal yang diberikan. Aku mengurangkan penggunaan susu agar
tidak terlalu manis dan menggunakan serbuk koko yang pahit untuk
mendapatkan kombinasi yang sesuai"
SELAMAT MENCUBA !